Jodoh itu rahsia Allah....bila tiba masanya, ia akan hadir...bersabarlah dan perbaiki dirimu dalam menunggu charmingmu....
wahai si putera aku juga sepertimu kerana aku manusia biasa....ingin mencintai dan dicintai...mengharap cinta hingga ke syurga...sungguh aku mendustaimu jika kukatakan aku tidak kesunyian tetapi bersendirian ini membuatkan aku bermuhasabah diri...aku leka dengan cinta manusia sedangkan sepatutnya aku lebih dekat dengan pemberi cinta ini
Jodoh itu rahsia Allah, sejauh mana dan sedalam manapun kita fikir, ia tetap menjadi satu misteri yang tak bisa diungkapkan kerana sudah ketetapan Allah yang menciptakan manusia dengan akal dan fikiran yang amat terbatas.,....namun itu tidak bermakna kita hanya perlu mendiamkan diri menanti saat hadirnya jodoh itu...atas ikhtiar dan kudrat yang telah Allah kurniakan memandu kita dalam menemui cinta sejati...berusahalah disamping bertawakkal kepada Allah kerana sesungguhnya kita sebagai makhluk hanya mampu merancang dan hanya Allah yang menentukan pengakhirannya.
Bukan Allah tidak tahu kesungguhan kita bangun tengah malam untuk mengadu padaNYA....bukan Allah tidak tahu betapa perit dan derita yang kita tanggung...bukan Allah tidak tahu bertapa bersungguhnya kita berusaha mencari yang terbaik...sesungguhnya Allah maha mengetahui...yakinlah bahawa Allah tidak akan menguji kita dengan merasai kekecewaan namun siapa tahu pada hari esok hari kebahgiaan yang kekal abadi...
hanya Allah yang tahu...bersabar dan bersolat kepada Allah kerana sesungguhnya hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk sekalian hambanya...tidak ada apa yang paling mengembirakan dan membahagiakan selain mendapat rahmat dari Allah...apabila tiba saat jodoh itu datang kepadamu...sambutlah dia dengan hati terbuka dan jangan sesekali melepaskan ia pergi....
Tidak mengapa jika sudah banyak kali kita merasai kepedihan dan kekecewaan hidup dalam mencari pasangan hidup semati kita...jangan sesekali berputus harap di atas rahmat Allah...ingatlah bahawa sesungguhnya janji Allah itu benar....
Aku memilih untuk percaya bahawa setiap kejadian itu berhikmah...tiada apa yang mampu kuperkatakan kerana aku juga belum bertemu dengan pasangan tulang rusukku...apa yang boleh kuperkatakan bersabarlah dan jangan risau jika engkau masih belum berpunya...jodoh itu rahsia Allah dan telah ditetapkan sejak azali...usah kau risau tentangnya kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik buatmu...ia akan tiba bila masanya
Oleh itu marilah kita berdoa supaya dipertemukan dengan jodoh yang baik dan mampu membawa kita kejalan yang diredhai Allah....amin ya rabbal
firman Allah: " berdoalah kepada-ku, aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu...." (surah al-Ghafir, ayat 60)
No comments:
Post a Comment